Selepas kemerdekaan Revolusi Belgium

Perubahan ekonomi

Kemerdekaan Belgium penyebab bencana pada bandar industri terpenting, Ghent. Pada tahun 1829, Ghent memproses 7.5 juta kilogram kapas manakala pada 1832, hanya 2 juta kilogram yang diproses. Antara faktor penurunan ini adalah kekurangan pekerja. Bandar pelabuhan Antwerp juga menghadapi bencana terbesar. Bilangan kapal memasuki pelabuhan Antwerp jatuh kepada 398. Pada 1829, sebanyak 1,030 kapal memasuki Antwerp dengan membawa 129,000 tan amaun dari Rotterdam dan Amsterdam.

Orangisme

Pada awal 1830, terdapat gerakan untuk menyatukan semula negara Belgium dan Belanda yang dipanggil Orangeisme yang aktif di Flanders dan Brussel. Tetapi di bandar industri seperti di Liège, terdapat pecahan Orangisme.[14] Antara tahun 1831 dan 1834, 32 insiden keganasan terhadap Orangis disebut dalam akhbar dan pada tahun 1834 Menteri Kehakiman Joseph Lebeau mengharamkan Orangisme kepada orang awam dan akan dikenakan hukuman berat.[15]